Tuesday, January 3, 2012

Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ?

 Benarkah ulama As-Salaf tidak melakukan ta’wilan langsung ?
Demikian adalah tanggapan yang tidak langsung berunsurkan pengkajian yang benar
karena dari pentakwilan Imam al-Bukhari pada surah Al-Qoshos ayat 88 dan takwilan
beliau dalam Sahih al-Bukhari juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau
sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah.
Imam Ibn Hajar al-'Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhari
menyatakan hadits al-dhahik (ketawa) berkata:
“Al-Bukhari telah mentakwilkan hadith al-dhahik (ketawa) dengan arti rahmat dan
ridha.”
Begitu juga Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan ulama Salaf telah mentakwilkan
ayat 22, Surah al-Fajr separti yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih oleh Imam
Bayhaqi dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:
“Dan telah datang Tuhanmu”
Ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : Telah datang kekuasaan Tuhanmu.
Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy yaitu terperinci pada ayat 5
dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu Abd al-Rahman Abd Allah bin Yahya bin al-
Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur‟an Wa Tafsiruhu halaman 113,
cetakan Mu‟assasah al-Risalah, Beirut: Firman Allah:
“Al-Rahman di atas 'arasy ber-istawa”, istawa di sini artinya menguasai.
Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar
dan tidak menyimpang karena kedua-duanya mentakwil cuma bedanya kebanyakan
Salaf mentakwil secara ijmali dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsili. Wallahu a'lam bish-showab.

0 comments:

About Me