Tuesday, January 3, 2012

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Pertama perlu diketahui bahwa semua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
berlandaskan al-Qur‟an, al-Hadits serta ijma para ulama. Aqidah Ahli Sunnah menyifatkan
Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta'ala sendiri di dalam al-
Qur‟an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadits Baginda SAW tanpa
mereka menyandarkan sifat tasybih atau tajsim bagi Allah, mereka juga menafikan dan
menolak bagi Allah itu bersifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik
dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas 'arasy, dan sebagainya dari sifat
yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya.
Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Syura ayat 11 yang artinya:
“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya”.
Aqidah Ahli Sunnah juga mepercayai bahawa Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat
berdasarkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang artinya:
“Allah telah wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali”. (Sahih Al-
Bukhari)
Hadits Nabi tersebut menunjukkan bahwa Allah saja yang wujudnya azali manakala
tempat, arasy, langit, dan selainnya bukan azali.
Perkara tersebut wajib diimani berdasarkan juga Ijma„ para ulama yang telah
dinukilkan oleh Imam „Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna
al-Firaq halaman 333 cetakan Dar al-Ma'rifah jelas menunjukkan bahwa wujud Allah
bukanlah berada di atas 'arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:
“Dan telah disepakati dan di-ijma„-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat”.

0 comments:

About Me