Tuesday, January 3, 2012

Aqidah dengan Amalan kita

Apa itu aqidah dan kaitannya dengan amalan kita ?
Aqidah membawa arti pegangan dan kepercayaan seseorang. Pegangan dan kepercayaan
ini pula terbagi menjadi dua yaitu benar atau salah. Aqidah yang benar merupakan kunci
diterimanya suatu ibadah. Tanpa aqidah yang benar Allah tidak akan menerima
segala amalan salih. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatat
hanyalah amalan keburukan hingga pada akhirnya akan
dibalas dengan keburukan pula.
Karna hal itulah, perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak boleh dijadikan gurauan atau diremehkan. Hubungan aqidah dan amalan salih ini berdasarkan pada firman Allah
yang artinya:
“Dan barangsiapa melakukan amalan salih dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia
beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan
ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”. (Al-Nisa‟ ayat 124)
Ayat tersebut jelas menerangkan bahwa apa saja amalan salih yang dilakukan seorang
lelaki maupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaannya dari Allah. Begitu juga
kenyataan dari hadits Nabi yang artinya:
“Sebaik-baik amalan adalan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (beraqidah dengan
aqidah yang betul)”. (Sahih Al-Bukhari)
Ini menandakan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu
diutamakan dari masalah-masalah yang lain

0 comments:

About Me